Saturday 7 May 2016

Keluargaku, Nyawaku

Hi, we meet again..
 Hari ini saya akan memperkenalkan ahli keluarga saya pula. baiklah, saya akan mula memperkenalkan dengan ketua keluarga dahulu iaitu abah. Abah dilahirkan pada 17 Mei 1964. InshaaAllah, tanggal 17 mei ini, umur abah akan menjadi 52 tahun. Abah merupakan seorang yang amat tegas dan penyayang. Abahlah yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi menyara kami sekeluarga yang berjumlah 7 orang. Sesungguhnya, setiap titik peluh itulah yang menjadikan saya sihat seperti sekarang. Saya berasa begitu bangga kerana memiliki seorang ayah yang begitu gigih.

Selain itu, insan yang amat dicintai yang merupakan insan yang sedia menolong abah ialah ma. Pada tanggal 9 Jun 1974 ma dilahirkan dan umur ma hanya berbeza 10 tahun dengan umur abah. Ma merupakan seorang yang rajin dan kreatif. Hampir semua benda ma boleh lakukan. Sebagai contoh, dari segi memasak, seni, puisi, menggubah dan banyak lagi. Saya bangga mempunyai seorang ibu yang begitu kreatif. Tewas saya akan dirinya.

Saya mempunyai 5 orang adik - beradik. Saya ialah yang ketiga. Saya mempunyai 2 orang kakak dan 2 orang adik lelaki. Kakak yang pertama diberi gelaran Kak long.  Kak long ini, orangnya kecil tetapi lasak. kalau nak dibandingkan stamina saya denga dia, memang kalahlah saya. Dia paling suka aktiviti mendaki ni. Antara bukit dan gunung yang pernah dia daki ialah Bukit Kluang, Gunung Tebu dan Gunung Kinabalu. Dia tidak takut tinggi. Pokok kelapa pun dia pernah panjat. Memang lasaklah Kak long ni. Kak long merupakan seorang agak pendiam. Dalam kalangan adik - beradik saya, dialah yang paling diam. Kakak yang kedua pula digelar Angah.  Angah ini seorang yang agak kurang lasak sikit. Sebenarnya bukan sikit, tapi banyak. Kalau dibandingkan saya dengan dia, sayalah yang menang dalam acara lasak ni. Angah saya ini seorang ulat buku. Kagum saya dengan dia. Kalau dibandingkan dengan dia pasal buku - buku ni, awal - awal lagi saya tarik diri. Angah saya ini seorang yang suka bercakap, bak kata pepatah " bagai murai tercabut ekor". Ada - ada sahaja idea dia untuk diluahkan kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Kalu dia marah, memang bulat matanya seperti mahu keluar saja. Adik saya yang pertama dipanggil abang cik, kadang - kadang dipanggil Alif. Alif ini orangnya lebih kurang macam Kak long saya. Dia ini seorang yang pantang dicabar. Saya nak kongsi satu cerita pasal dia dicabar oleh Kak long saya untuk tetrjun dari pokok menggunakan payung. Kata Kak long, terjun guna payung sama macam terjun guna payung terjun. Alif ini terus mengambil sekaki payung dan mula melakukan aksi seperti orang nak terjun. Tapi, nasib malang menyebelahi dirinya. Dia terjatuh dan mulutnya tercedera. Bibirnya pecah dan membengkak dan giginya patah. Dia melarikan diri ke rumah mak saudara yang dipanggil Cik Ngah kerana takut dimarahi ma. Akhir sekali, ma tahu juga pasal Alif sebab Cik  Ngah memberitahu ma. Ma membebel kepada Alif sambil tangannya sibuk menyapu ubat di bahagian luka. Itulah kata orang, kasih ibu tidak terhingga. Kalau dia marah, bukan kerana benci, tapi kerana sayang yang teramat sangat. Adik saya yang paling bongsu pula ialah Rafiq. Kadang - kadang dipanggil adik dan kadang - kadang dipanggil Afiq. Afiq ini orangnya boleh dikatakan orangnya lebih matang dan rasional berbanding Alif. Afiq ini, dia tak suka orang kata dia bongsu. Pernah sekali, dia kata dia nak jadi Abang Long. Persis kata peribahasa " bagai cacing hendak menjadi naga".

Saya sayang kelurga saya. Tiada keluarga lain yang dapat menggantikan keluarga saya yang saya sayang melebihi nyawa saya. Ampuni segala kekhilafan saya terhadap semua. Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment