Friday 8 April 2016

JASA SEORANG GURU

JASA SEORANG GURU :

Saya mempunyai ramai pendidik yang bijak pandai. Salah seorang daripadanya ialah cikgu matematik. Nama diberi, Encik Mat Latif bin Ali. beliau dilahirkan pada 25 april 1961. beliau menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Teruntum Kuantan. beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Oh pada 2010 hingga 2015. Beliau memegang jawatan sebagai guru besar di SK Oh. Beliau mengajar anak - anak didiknya dengan bersungguh dan sabar. kalu tak ingat sifir, jarinya pantas mencubit isi anak - anak didiknya yang mudah lupa akan prinsip nombor satu dalam matematik. Tapi, kalau mencapai kehendak dan matlamatnya, pasti ada ganjaran yang akan diperoleh. cikgu, Saya tak akan pernah lupakan cikgu kerana tanpa cikgu hidup matematik saya akan menjadi sukar. Jasamu tetap ku kenang. Terima kasih cikgu.







Serba Sedikit Perihal Diriku....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pada hari yang mulia dan serba indah ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya kepada para pembaca. Nama saya ialah Norisa Shafika. Saya merupakan anak ketiga daripada 5 adik - beradik. warna hitam merupakan warna kegemaran saya. Warna yang gelap juga saya suka seperti unggu gelap dan coklat. Cita - cita saya adalah menjadi seorang juruterbang yang bertanggungjawab. Makanan yang paling saya suka adalah makanan yang dimasak oleh ma saya terutamanya nasi air. Memang 1 mangkuk tak akan cukup. Sedap sangat. Minuman pula saya suka yang sejuk dan menyegarkan. Janji halal. Pada masa lapang, saya biasanya akan pergi bermain dengan arnab di belakang rumah rasa tenang je. Kadang - kadang saya lepak di halaman rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang diusahakan oleh ma saya. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.