Friday 8 April 2016

Serba Sedikit Perihal Diriku....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pada hari yang mulia dan serba indah ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya kepada para pembaca. Nama saya ialah Norisa Shafika. Saya merupakan anak ketiga daripada 5 adik - beradik. warna hitam merupakan warna kegemaran saya. Warna yang gelap juga saya suka seperti unggu gelap dan coklat. Cita - cita saya adalah menjadi seorang juruterbang yang bertanggungjawab. Makanan yang paling saya suka adalah makanan yang dimasak oleh ma saya terutamanya nasi air. Memang 1 mangkuk tak akan cukup. Sedap sangat. Minuman pula saya suka yang sejuk dan menyegarkan. Janji halal. Pada masa lapang, saya biasanya akan pergi bermain dengan arnab di belakang rumah rasa tenang je. Kadang - kadang saya lepak di halaman rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang diusahakan oleh ma saya. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.






No comments:

Post a Comment