Journey Towards Truth
Saturday, 7 May 2016
Keluargaku, Nyawaku
Hi, we meet again..
Hari ini saya akan memperkenalkan ahli keluarga saya pula. baiklah, saya akan mula memperkenalkan dengan ketua keluarga dahulu iaitu abah. Abah dilahirkan pada 17 Mei 1964. InshaaAllah, tanggal 17 mei ini, umur abah akan menjadi 52 tahun. Abah merupakan seorang yang amat tegas dan penyayang. Abahlah yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi menyara kami sekeluarga yang berjumlah 7 orang. Sesungguhnya, setiap titik peluh itulah yang menjadikan saya sihat seperti sekarang. Saya berasa begitu bangga kerana memiliki seorang ayah yang begitu gigih.
Selain itu, insan yang amat dicintai yang merupakan insan yang sedia menolong abah ialah ma. Pada tanggal 9 Jun 1974 ma dilahirkan dan umur ma hanya berbeza 10 tahun dengan umur abah. Ma merupakan seorang yang rajin dan kreatif. Hampir semua benda ma boleh lakukan. Sebagai contoh, dari segi memasak, seni, puisi, menggubah dan banyak lagi. Saya bangga mempunyai seorang ibu yang begitu kreatif. Tewas saya akan dirinya.
Saya mempunyai 5 orang adik - beradik. Saya ialah yang ketiga. Saya mempunyai 2 orang kakak dan 2 orang adik lelaki. Kakak yang pertama diberi gelaran Kak long. Kak long ini, orangnya kecil tetapi lasak. kalau nak dibandingkan stamina saya denga dia, memang kalahlah saya. Dia paling suka aktiviti mendaki ni. Antara bukit dan gunung yang pernah dia daki ialah Bukit Kluang, Gunung Tebu dan Gunung Kinabalu. Dia tidak takut tinggi. Pokok kelapa pun dia pernah panjat. Memang lasaklah Kak long ni. Kak long merupakan seorang agak pendiam. Dalam kalangan adik - beradik saya, dialah yang paling diam. Kakak yang kedua pula digelar Angah. Angah ini seorang yang agak kurang lasak sikit. Sebenarnya bukan sikit, tapi banyak. Kalau dibandingkan saya dengan dia, sayalah yang menang dalam acara lasak ni. Angah saya ini seorang ulat buku. Kagum saya dengan dia. Kalau dibandingkan dengan dia pasal buku - buku ni, awal - awal lagi saya tarik diri. Angah saya ini seorang yang suka bercakap, bak kata pepatah " bagai murai tercabut ekor". Ada - ada sahaja idea dia untuk diluahkan kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Kalu dia marah, memang bulat matanya seperti mahu keluar saja. Adik saya yang pertama dipanggil abang cik, kadang - kadang dipanggil Alif. Alif ini orangnya lebih kurang macam Kak long saya. Dia ini seorang yang pantang dicabar. Saya nak kongsi satu cerita pasal dia dicabar oleh Kak long saya untuk tetrjun dari pokok menggunakan payung. Kata Kak long, terjun guna payung sama macam terjun guna payung terjun. Alif ini terus mengambil sekaki payung dan mula melakukan aksi seperti orang nak terjun. Tapi, nasib malang menyebelahi dirinya. Dia terjatuh dan mulutnya tercedera. Bibirnya pecah dan membengkak dan giginya patah. Dia melarikan diri ke rumah mak saudara yang dipanggil Cik Ngah kerana takut dimarahi ma. Akhir sekali, ma tahu juga pasal Alif sebab Cik Ngah memberitahu ma. Ma membebel kepada Alif sambil tangannya sibuk menyapu ubat di bahagian luka. Itulah kata orang, kasih ibu tidak terhingga. Kalau dia marah, bukan kerana benci, tapi kerana sayang yang teramat sangat. Adik saya yang paling bongsu pula ialah Rafiq. Kadang - kadang dipanggil adik dan kadang - kadang dipanggil Afiq. Afiq ini orangnya boleh dikatakan orangnya lebih matang dan rasional berbanding Alif. Afiq ini, dia tak suka orang kata dia bongsu. Pernah sekali, dia kata dia nak jadi Abang Long. Persis kata peribahasa " bagai cacing hendak menjadi naga".
Saya sayang kelurga saya. Tiada keluarga lain yang dapat menggantikan keluarga saya yang saya sayang melebihi nyawa saya. Ampuni segala kekhilafan saya terhadap semua. Sekian, terima kasih.

Friday, 8 April 2016
JASA SEORANG GURU
JASA SEORANG GURU :
Saya mempunyai ramai pendidik yang bijak pandai. Salah seorang daripadanya ialah cikgu matematik. Nama diberi, Encik Mat Latif bin Ali. beliau dilahirkan pada 25 april 1961. beliau menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Teruntum Kuantan. beliau mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Oh pada 2010 hingga 2015. Beliau memegang jawatan sebagai guru besar di SK Oh. Beliau mengajar anak - anak didiknya dengan bersungguh dan sabar. kalu tak ingat sifir, jarinya pantas mencubit isi anak - anak didiknya yang mudah lupa akan prinsip nombor satu dalam matematik. Tapi, kalau mencapai kehendak dan matlamatnya, pasti ada ganjaran yang akan diperoleh. cikgu, Saya tak akan pernah lupakan cikgu kerana tanpa cikgu hidup matematik saya akan menjadi sukar. Jasamu tetap ku kenang. Terima kasih cikgu.

Serba Sedikit Perihal Diriku....
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pada hari yang mulia dan serba indah ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya kepada para pembaca. Nama saya ialah Norisa Shafika. Saya merupakan anak ketiga daripada 5 adik - beradik. warna hitam merupakan warna kegemaran saya. Warna yang gelap juga saya suka seperti unggu gelap dan coklat. Cita - cita saya adalah menjadi seorang juruterbang yang bertanggungjawab. Makanan yang paling saya suka adalah makanan yang dimasak oleh ma saya terutamanya nasi air. Memang 1 mangkuk tak akan cukup. Sedap sangat. Minuman pula saya suka yang sejuk dan menyegarkan. Janji halal. Pada masa lapang, saya biasanya akan pergi bermain dengan arnab di belakang rumah rasa tenang je. Kadang - kadang saya lepak di halaman rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang diusahakan oleh ma saya. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)